Posts

Bukan aku!

Image
“Bukan aku!” jerit Hanif yang tersedar dari mimpinya. Peluh dingin membasahi tubuh   badannya. Segera dia beristighfar setelah dia sedar ia hanya sebuah mimpi. Ini bukanlah kali pertama dia terjaga dari mimpinya. Mimpi tentang zaman kanak-kanaknya. Tentang dia yang sedang seronok bermandi-manda bersama teman-teman di sungai belakang rumah neneknya. Ya, dia pasti sungai dalam mimpinya itu adalah sungai di belakang rumah neneknya. Sewaktu kecil dahulu, pantang sungai itu menimbulkan pasir dipermukaan menandakan ceteknya air sungai tersebut, dia tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di sungai itu bersama jiran sekampung yang berumur lebih kurang sebaya dengannya. Meskipun air sungai yang mengalir itu tidak jernih seperti air gunung, warnanya seakan teh susu, ia tidak menjadi penghalang untuk dia dan kawan-kawannya menikmati zaman kanak-kanak mereka. “Abang mimpi tu lagi ke?” soal isteri Hanif, Aini, yang terjaga dek teriakkan suaminya itu. “Ya. Eh, tidak. Tak ad...

Dia yang Pergi

Image
Baru seminggu cuti semester bermula, kesunyian mula dirasai oleh Sarah. Menjadi anak tunggal dalam keluarga, dia lebih gemar berada di universiti,  ditemani rakan yang mengisi kekosongan harinya. Semester depan merupakan semester terakhir pengajiannya, akan tetapi, hala tujunya masih kabur. Sambung belajar? Bekerja? berkahwin? Kenapa hidup ini terlalu sukar? Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk, lantas dia mencapai telefon yang berada di meja sebelah katilnya. Belum sempat dia membaca mesej berkenaan, satu panggilan masuk sebaik sahaja telefon itu berada dalam genggaman. Nama Faizah tertera di skrin telefon, bibirnya mengukir senyuman. Sepantas kilat   dia menjawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum, hai Fai. Rindu aku ke?” soalnya. Faizah, salah seorang teman rapatnya di universiti. Mengambil jurusan yang sama sepertinya, geografi. “Wa’alaikumsalam. Sarah, kau ada baca mesej tak?” balas Faizah, mengabaikan soalan Sarah. Tergesa-gesa bunyinya. “Belum. ...

Bahagia yang Dicari

Image
“Aaahh! Letihnya. Nasib baik esok cuti. Bolehlah tidur puas-puas.” Zurina bermonolog sendirian sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa dirumahnya. Lantas tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen, dengan niat untuk menonton. Setelah menukar beberapa siaran stesyen televisyen, tiada satu pun yang dapat menarik perhatiannya. Ditutupnya semula televisyen tersebut. dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Kosong, sunyi, sepi. Dia mencapai pula beg tangannya, lalu menyeluk tangan ke dalam beg, meraba-raba untuk mendapatkan telefon pintarnya. Dia kemudiannya berbaring dan menyentuh skrin di telefonnya. Dibeleknya aplikasi media sosial yang selalu digunakan, Facebook dan Instagram. Selalunya, dia dapat juga curi tulang untuk bermain telefon sambil bekerja tetapi hari itu, dia terlampau sibuk sehingga tidak langsung berpeluang untuk melihat telefonnya. “Seronoknya Liyana pergi melancong. Hari tu pergi Beijing, ni pergi Korea Selatan pula. Dia kerja apa ya sekarang?” Zurina bersoal ...