Dia yang Pergi
Baru seminggu cuti semester bermula, kesunyian mula
dirasai oleh Sarah. Menjadi anak tunggal dalam keluarga, dia lebih gemar berada
di universiti, ditemani rakan yang mengisi kekosongan harinya. Semester depan
merupakan semester terakhir pengajiannya, akan tetapi, hala tujunya masih kabur.
Sambung belajar? Bekerja? berkahwin? Kenapa hidup ini terlalu sukar?
Telefonnya berbunyi menandakan ada
mesej masuk, lantas dia mencapai telefon yang berada di meja sebelah katilnya.
Belum sempat dia membaca mesej berkenaan, satu panggilan masuk sebaik sahaja
telefon itu berada dalam genggaman. Nama Faizah tertera di skrin telefon,
bibirnya mengukir senyuman. Sepantas kilat dia menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, hai Fai. Rindu aku
ke?” soalnya. Faizah, salah seorang teman rapatnya di universiti. Mengambil
jurusan yang sama sepertinya, geografi.
“Wa’alaikumsalam. Sarah, kau ada baca
mesej tak?” balas Faizah, mengabaikan soalan Sarah. Tergesa-gesa bunyinya.
“Belum. Mesej apa?” soal Sarah kembali.
Dia baru teringat akan mesej yang diterimanya sebentar tadi.
“Husna, Husna dah tak ada.” Balas Faizah
pendek. Suaranya mulai sebak, menahan tangisan.
“Husna tak ada? Apa maksud kau Husna dah
tak ada?” soal Sarah, masih terpinga-pinga.
Faizah tidak menjawab, yang kedengaran hanya esakan dari tangisan Faizah. Sarah terus membuka mesej tadi tanpa mematikan panggilan Faizah. Ya, mesej berkenaan adalah mesej pemberitahuan kematian Husna, yang dihantar melalui nombor telefon Husna sendiri. Punca kematian tidak dinyatakan dalam mesej berkenaan. Sarah kembali meletakkan telefonnya di telinga, ingin bertanya lebih lanjut kepada Faizah jikalau dia punya sedikit pengetahuan tentangnya.
Faizah tidak menjawab, yang kedengaran hanya esakan dari tangisan Faizah. Sarah terus membuka mesej tadi tanpa mematikan panggilan Faizah. Ya, mesej berkenaan adalah mesej pemberitahuan kematian Husna, yang dihantar melalui nombor telefon Husna sendiri. Punca kematian tidak dinyatakan dalam mesej berkenaan. Sarah kembali meletakkan telefonnya di telinga, ingin bertanya lebih lanjut kepada Faizah jikalau dia punya sedikit pengetahuan tentangnya.
“Faizah kau tahu tak kenapa Husna
meninggal?” soal Sarah kembali.
“Aku tak pasti. Aku cuba telefon melalui
telefon Husna, tapi tak ada orang sambut.” Balas Faizah. Mungkin dia menelefon
Sarah dengan tujuan yang sama, untuk mengambil tahu punca kematian Husna.
Kedua-duanya terdiam. Masih terkedu dengan berita pemergian sahabat mereka.
Husna, merupakan seorang rakan baik
mereka di universiti. Wajahnya ayu, kulitnya putih kemerahan. Matanya bulat,
berlesung pipit. Tubuhnya genit. Dia suka mengenakan baju kurung dan bertudung
bawal untuk ke kuliah, menyerlahkan lagi keayuannya. Sesiapa saja yang
memandangnya pasti kagum dengan kejelitaannya. Tidak hanya cantik, dia juga
dikurniakan degan kebijaksanaan. Setiap semester, sudah pasti beliau menggondol
anugerah dekan fakulti. Dia senang didekati, punyai ramai kawan, juga peminat.
Namun begitu dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan
sesiapa, lebih selesa berkawan dengan semua orang. Mereka bertiga sering
bersama, ke mana saja. Semua orang tahu betapa rapatnya persahabatan mereka,
bagai isi dengan kuku.
Wajah Husna bermain difikiran Sarah.
Masih jelas bayangan yang bermain difikirannya. Setiap gerak geri Husna di saat
akhir pertemuan mereka minggu lepas, dikala tamatnya kertas akhir bagi
peperiksaan semester itu. Manis senyumannya, kelembutan lambaian tangannya, benarkah
itu yang terakhir? Meskipun dia sudah mendengar dan membaca berita mengenai
pemergian sahabatnya, dia masih menyangkal hakikat itu. Husna bergurau kah?
“Faizah, kau tahu rumah Husna di mana?”
soal Sarah setelah mereka berdua terdiam seketika.
“Aku pernah pergi ke rumah dia, tapi aku
tidak pasti jika aku betul-betul tahu jalannya. Kau nak datang melawat?”
soal Faizah.
“Kau yakin dengan berita tu?
Jangan-jangan Husna permainkan kita tak?” Sarah melontarkan keraguannya.
“Eh! Kau ni, berita macam ni bukan boleh
dibawa bergurau. Tak mungkinlah.” Balas Faizah.
Namun keraguan Sarah itu berjaya menggugat hatinya untuk percaya bahawa berita yang didengarinya itu hanyalah sekadar gurauan. Ya, dia benar-benar berharap ia hanyalah gurauan.
Namun keraguan Sarah itu berjaya menggugat hatinya untuk percaya bahawa berita yang didengarinya itu hanyalah sekadar gurauan. Ya, dia benar-benar berharap ia hanyalah gurauan.
“Rumah dia di Melaka kan? Aku nak pergi.
Gurauan atau tidak, aku tetap nak pergi rumah dia. Kau nak ikut?” soal Sarah.
Dia nekad untuk mendapatkan kepastian.
“Aku ikut. Tapi kau nak ambil aku di rumah
ke?” soal Faizah. Faizah menetap di Seremban manakala Sarah di Ampang, Kuala
Lumpur. Tiada masalah bagi Sarah untuk menjemput Faizah di Seremban
memandangkan dia akan melalui daerah tersebut untuk menuju ke Melaka.
“Boleh. Aku ambil kau di rumah. Hantar lokasi
rumah kau kepada aku. Nanti aku maklumkan jika aku sudah hampir tiba.” Pinta
Sarah.
Setelah talian dimatikan, dia bergegas untuk bersiap-siap. Dia tidak lupa untuk mengemas beberapa persalinan pakaian jika dia perlu bermalam di Melaka. Dia mengenakan baju kurung pahang kosong berwarna biru gelap, tudung berwarna hitam. Dicapainya kunci kereta Myvi berwarna emas yang dihadiahkan oleh ibu bapanya di saat dia diterima masuk ke universiti, lalu dia bertolak menuju ke rumah Faizah. Sempat dia meminta izin untuk ke Melaka daripada kedua ibu bapanya melalui panggilan telefon sebelum keretanya meluncur laju ke Seremban.
Setelah talian dimatikan, dia bergegas untuk bersiap-siap. Dia tidak lupa untuk mengemas beberapa persalinan pakaian jika dia perlu bermalam di Melaka. Dia mengenakan baju kurung pahang kosong berwarna biru gelap, tudung berwarna hitam. Dicapainya kunci kereta Myvi berwarna emas yang dihadiahkan oleh ibu bapanya di saat dia diterima masuk ke universiti, lalu dia bertolak menuju ke rumah Faizah. Sempat dia meminta izin untuk ke Melaka daripada kedua ibu bapanya melalui panggilan telefon sebelum keretanya meluncur laju ke Seremban.
Sepanjang perjalanan ke Seremban, kotak
pemikirannya dipenuhi oleh Husna. Mesej bertalu-talu masuk, rata-rata rakan
sekelasnya mengucapkan takziah atas pemergian Husna menerusi perbualan kumpulan
kelas mereka. Sarah membaca satu per satu mesej tersebut semasa beliau berhenti
di stesen minyak. Sah! Husna benar-benar meninggal dunia. Salah seorang rakan
sekelasnya, Khaidir, berasal dari negeri yang sama dengan Husna. Dia telah
melawat ke rumah arwah dan mengesahkan berita tersebut. Punca kematian, lemas.
Air jernih mula terbit di kelopak
matanya di saat dia membaca berita itu. Dari tadi dia berusaha menahannya.
Akhirnya, air matanya mula gugur. Terlalu sedih. Dia benar-benar berharap
berita itu hanya gurauan. Jika tadi dia berharap ia sekadar gurauan, kini dia
berharap ia hanya mimpi. Tapi dia tahu ia bukan mimpi. Air matanya masih deras
menuruni pipinya. Menangis teresak-esak mengenangkan kepergian Husna. Dia ingin
meneruskan pemanduan, tetapi tak mampu, pandangannya kabur dek air mata yang
tak henti-henti sejak dari tadi. Kenangan mereka bersama kerap berulang dalam
ingatannya. Setelah tangisannya mulai reda, dia kembali meneruskan perjalanan,
demi menatap wajah sahabatnya itu buat kali terakhir.
Kelihatan Faizah sudah sedia menunggu di
hadapan rumah. Wajah Faizah sembab, sudah pasti dia juga menangis. Sarah memberhentikan
keretanya betul-betul di hadapan rumah Faizah, lalu dia keluar dari keretanya. Faizah
terus mendakap tubuh Sarah. Mereka berdua berpelukan, sangat erat. Tangisan
kembali di wajah mereka berdua. Kehilangan seorang sahabat, tanpa apa-apa
tanda, sememangnya sangat sukar untuk diterima. Tanpa berlengah lagi, mereka
berdua kemudiannya meneruskan perjalanan ke Melaka.
“Sarah. Tadi aku telefon Khaidir. Tanya
tentang Husna.” Faizah bersuara setelah kereta mereka mula memasuki lebuhraya.
Sarah hanya berdiam, menunggu Faizah meneruskan kata-katanya.
“Husna, dia… dia… Dia bunuh diri.”
Sambung Faizah dengan suara yang serak akibat tangisannya.
Kereta yang tadi meluncur laju terus
terhenti dengan tiba-tiba. Mujur tiada kenderaan di belakang mereka. Jika
tidak, sudah pasti kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka berdua.
“Bunuh diri?” soal Sarah yang segera memalingkan
wajahnya ke arah Faizah setelah kenderaannya diberhentikan.
“Ya. Khaidir beritahu aku. Dia tak
beritahu yang lain demi jaga aib arwah.” Faizah mula sebak, tangisannya
kembali.
“Ya Allah. Betul ke? Tapi kenapa?” soal
Sarah. Berat sungguh kenyataan yang harus diterima.
“Aku tak pasti. Keluarga dia pun tak
tahu. Mereka sedar Husna tak ada kat rumah masa Subuh pagi tadi. Kemudian,
mereka jumpa motosikal Husna di jambatan berdekatan rumah mereka. Pagi tadi
dalam pukul 10 pagi, mayatnya dijumpai di sungai, tak jauh dari jambatan tu.”
Faizah menyampaikan cerita yang didengarinya daripada Khaidir.
“Tapi kenapa dia nak bunuh diri?
Kenapa?” suara Sarah makin meninggi. Tidak percaya, kesal, marah, sedih,
perasaannya bercampur-baur.
“Kita pergi rumah dia dulu. Apa yang
penting sekarang, kita melawat dia. Okay Sarah?” ujar Faizah. Mereka kembali
meneruskan perjalanan. Selalunya, ada saja topik yang akan dibualkan oleh
mereka apabila mereka bersemuka empat mata. Tapi kali ini, tiada satu perkataan
pun yang muncul. Masing-masing berdiam diri, hanyut dengan kenangan
masing-masing barangkali.
Mereka berdua kini tiba diperkarangan
rumah Husna, berpandukan kepada lokasi yang dihantar oleh Khaidir. Setibanya di
lokasi, kelihatan rumah kayu bercirikan senibina melayu, dipenuhi kenderaan dan
juga orang ramai yang datang menziarahi. Mereka berdua turun daripada kereta,
tak pasti ingin menuju ke mana. Kelihatan Khaidir menyapa mereka dari jauh.
Mereka berdua hanya berdiri, menunggu Khaidir datang ke arah mereka.
“Alhamdulillah, sampai juga kamu
berdua.” Sapa Khaidir. Sarah dan Faizah hanya memberikan senyuman tawar.
“Arwah kat dalam ke?” soal Faizah, ingin
tahu.
“Arwah masih di hospital. Masih belum
tiba di sini. Mungkin sekejap lagi sampai.” Balas Khaidir. Raut wajahnya jelas
menunjukkan kesedihan yang dirasai. Semua orang tahu Khaidir menyimpan perasaan
terhadap Husna, tetapi perasaannya tidak diterima.
“Ibu bapa dia ada kat dalam rumah ke?”
soal Sarah.
“Ibu dia ada kat dalam. Ayah dia di
hospital untuk uruskan jenazah. Masuklah ke dalam.” Pelawa Khaidir.
“Baiklah. Kami masuk ke dalam dulu.”
Balas Faizah. Mereka dua melangkah masuk ke rumah yang dipenuhi orang ramai
yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Mungkin saudara mara serta jiran
tetangga yang datang menziarah. Ada yang berbual sesama sendiri, ada yang
menangis, ada juga yang duduk bersendirian membacakan surah Yaasin buat arwah.
Kelihatan Puan Hamidah, ibu Husna duduk
di satu sudut, memegang surah Yaasin di tangannya. Faizah dan Sarah menghampiri
Puan Hamidah, kemudiannya dia menoleh, menyedari dia dirapati oleh dua sahabat
anaknya itu. Puan Hamidah lantas berdiri, memeluk Faizah, seeratnya. Perasaan
sayu menyelubungi, tangisan mula kembali. Tak dapat dibayangkan bagaimana
perasaan yang dirasai oleh Puan Hamidah sekarang, kehilangan anak perempuan
tunggalnya. Tiada seorang pun ibu bapa dalam dunia ini ingin melihat anaknya
pergi dahulu meninggalkan mereka, tiada satu pun. Puan Hamidah melepaskan
pelukannya terhadap Faizah kemudian memeluk Sarah, sama erat dengan pelukan
yang diberikan kepada Faizah.
“Mak.
Jenazah Kak Husna dah sampai.” Maklum Haikal, adik kepada Husna. Mendengar
makluman itu, Puan Hamidah hampir rebah, lututnya lemah, longlai, tak berdaya. Mujur
Faizah dan Sarah berada di sampingnya, sempat memaut Puan Hamidah untuk terus
kekal berdiri.
Jenazah Husna tiba, sudah siap dimandi
dan dikafankan. Tinggal untuk disolatkan sahaja. Semua yang berada di situ
diselubungi perasan hiba, sedih, sayu. Cuaca yang tadi panas terik kini
mendung. Semua sudah tentu tahu Husna bagaimana orangnya. Baik, cerdik,
peramah, semua orang senang dengan dia. Tiada siapa pun menyangka begini
pengakhiran hidupnya. Tiada siapa dapat meneka dia akan pergi secepat ini,
dengan cara sebegini.
Setelah semua urusan pengebumian
selesai, Sarah dan Faizah membuat keputusan untuk bermalam di Melaka, membantu
urusan kenduri arwah. Puan Hamidah menawarkan mereka berdua bilik Husna untuk
mereka berdua bermalam. Mereka berdua terima dengan hati yang terbuka.
Malam itu, setelah selesai kenduri,
Faizah dan Sarah masuk ke dalam bilik Husna, membelek barang-barang peninggalan
arwah. Biliknya tersusun rapi. Beberapa gambar arwah bersama keluarga dan
gambar mereka bertiga turut tersimpan di dalam kamar Husna. Mereka berdua duduk
di katil, termenung mengenangkan kisah lalu. Tak lama kemudian, pintu bilik
dikuak, kelihatan Puan Hamidah menjengul untuk berjumpa mereka berdua.
“Masuklah mak cik.” Pelawa Faizah. Puan
Hamidah masuk lalu duduk di kerusi meja belajar Husna.
“Kamu berdua selesa tak tidur di sini?
Ada apa-apa yang kurang?” soal Puan Hamidah.
“Selesa. Tak ada yang kurang pun.
Semuanya lengkap. Terima kasih mak cik.” Balas Sarah. Kemudian ketiga-tiganya
berdiam diri. Jika diikutkan, pelbagai persoalan ingin diajukan Sarah buat Puan
Hamidah mengenai Husna, tetapi dia menahan dirinya daripada bertanya. Bimbang
pertanyaannya mengguris hati Puan Hamidah.
“Husna ada beritahu kamu berdua
apa-apa?” soal Puan Hamidah. Sarah dan Faizah saling berpandangan selepas
mendengar soalan yang diajukan Puan Hamidah. Mereka berdua mengangkat bahu,
tidak pasti dengan soalan Puan Hamidah.
“Beritahu apa mak cik?” soal Faizah.
“Tak ada apa. Saja mak cik bertanya. Tak
mengapalah, kamu berdua berehat ya. Mak cik keluar dulu.” Ucap Puan Hamidah
berlalu keluar dari bilik meninggalkan Sarah dan Faizah dengan penuh tanda
tanya. Mereka berdua berbincang mengenai soalan Puan Hamidah namun mereka
berdua tidak mendapat apa-apa berita daripada Husna sejak dari cuti semester
bermula, seminggu yang lalu. Mengapa Puan Hamidah bertanya soalan sedemikian?
Untuk bertanya lebih lanjut, masanya tidak bersesuaian, jadi mereka berdua
memutuskan untuk bertanyakan soal itu pada keesokan harinya. Mereka berdua
kemudiannya terlena dek kerana keletihan, fizikal dan mental.
Pagi itu, setelah selesai bersarapan,
Faizah dan Sarah kembali masuk ke kamar, ingin berkemas untuk bertolak pulang
ke rumah. Sedang mereka berdua mengemas, Puan Hamidah melangkah masuk ke bilik,
duduk di atas kerusi meja belajar Husna, sama seperti semalam. Sarah dan Faizah
mengambil tempat, duduk di hujung katil, bertentangan dengan Puan Hamidah.
“Husna, dia tak ada buat salah dengan
kamu berdua kan?” soal Puan Hamidah. Lama dia berdiam sebelum memulakan
perbicaraan.
“Tak ada mak cik. Dia baik, semua orang
senang dengan dia.” Balas Faizah. Sarah mengangguk tanda setuju.
“Alhamdulillah. Jika ada, mak cik minta
maaf bagi pihak dia.” Ungkap Puan Hamidah. Sarah dan Faizah cuma berdiam.
Mereka bertiga sememangnya bersahabat baik, setakat mereka berkawan, tiada
langsung perbalahan besar mahupun salah faham antara mereka.
“Semalam mak cik ada bertanya, Husna ada
beritahu apa-apa kepada kami ke, boleh saya tahu, apa yang mak cik maksudkan?”
soal Sarah yang tak dapat membendung lagi rasa ingin tahunya.
“Husna sebenarnya ada masalah
kemurungan. Sejak dia remaja.” jawab Puan Hamidah dengan ringkas.
“Kemurungan? Tapi dia tak nampak macam
murung pun.” Balas Sarah, kemudian tangannya pantas menekup mulut, bimbang
kata-katanya melukakan hati Puan Hamidah. Sungguh dia menyesal melontarkan
kata-kata tersebut tanpa berfikir terlebih dahulu. Puan Hamidah cuma tersenyum
kecil, mungkin dia sudah menjangkakan reaksi sedemikian.
“Dia memang pandai sembunyikan. Mak cik
mula-mula juga tak percaya. Tetapi setelah beberapa kali dia cuba untuk bunuh
diri masa umur dia 17 tahun, baru mak cik percaya. Itupun setelah kami berjumpa dengan doktor di hospital.” Jelas Puan Hamidah. Sarah dan Faizah
terkaku mendengar penjelasan Puan Hamidah. Sungguh mereka tidak menyangka.
Sekalipun Husna tidak pernah bercerita tentang kisahnya ini.
“Jadi, dia ada terima rawatan ke?” soal
Faizah.
“Ada, tetapi sudah beberapa tahun juga
rawatan dia ditamatkan. Doktor beritahu dia dah baik, tetapi doktor ada
terangkan kemungkinan untuk ia berulang kembali. Mak cik pun tak perasan ia
kembali berulang. Dia tak cakap apa-apa pun kat mak cik.” Luah Puan Hamidah.
Kedua-dua tangannya diangkat, menekup mukanya, penuh sesalan. Faizah bangun
dari katil, merapati tubuh ibu kepada Husna, lalu mengusap-usap belakang Puan
Hamidah. Air mata kembali berlinangan di pipi ketiga-tiga wanita itu. Bukan
tangisan meratapi pemergian Husna, tetapi air mata penyesalan. Selama lebih dua
tahun mereka berkawan, sedikit pun mereka tidak dapat menghidu masalah yang
dihadapi Husna. Andai mereka tahu, sudah pasti mereka hulurkan sesuatu
untuknya. Tetapi, apakan daya, ajal telah menjemputnya terlebih dahulu.
Setelah mendengar cerita daripada Puan
Hamidah, baru mereka sedari beberapa perkara berkenaan Husna. Meskipun dia
seorang yang periang, kadangkala dia suka untuk bersendirian, sering menolak
ajakan Sarah dan Faizah untuk keluar bersama. Mereka menganggap itu perkara
yang biasa, mungkin Husna ingin menghabiskan masa untuk mengulang kaji, ataupun kerana keletihan. Ada juga beberapa kali mereka berbual tentang kematian, Husna
bertanyakan apa reaksi Sarah dan Faizah jika Husna pergi dahulu. Tetapi mereka
berdua mengelak untuk mengulas setiap kali topik berkenaan diutarakan,
menganggap soalan berkenaan tidak perlu difikirkan kerana mereka semua masih
muda. Bodohnya mereka tidak menyedari akan petanda yang diberikan Husna.
Seminggu selepas pemergian Husna, Faizah
memberitahu Sarah bahawa dia ingin bertandang ke rumah Sarah. Ada sesuatu yang
ingin disampaikan kepada Sarah. Surat daripada Husna. Puan Hamidah terjumpa
surat berkenaan semasa mengemas barang-barang peninggalan Husna dan
menyerahkannya kepada Faizah melalui Khaidir. Tak sabar rasanya Sarah ingin
membaca isi surat berkenaan. Ingin sekali dia tahu apa yang ingin disampaikan oleh
Husna kepada mereka berdua. Setibanya Faizah di rumah, mereka berdua membuka
untuk membaca kandungan surat berkenaan.
‘Buat Sarah dan Faizah.
Aku harap, kamu berdua sihat. Aku minta maaf kerana
terpaksa menulis surat ini buat kamu berdua. Tiada kata yang pasti, aku sendiri
tidak mengerti. Maafkan aku kerana menyembunyikan keadaan aku dari kamu berdua.
Aku sendiri tidak tahu bila akan aku pergi, oleh itu, aku tulis surat ini untuk
dibaca oleh kamu apabila aku tiada nanti. Jaga dirimu sebaiknya. Jangan pilih
jalan seperti aku. Ampuni segala salah silapku pada kamu berdua. Terima kasih
telah menerima aku seadanya, terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik
untukku. Maafkan daku. Jangan rasa bersalah jika aku pergi dahulu.
Yang benar,
Husna.’
Ringkas, tetapi bercelaru. Benar-benar mencerminkan
perasaan Husna ketika dia menulis surat itu. Tiada seorang pun dapat meneka apa
yang bermain difikiran Husna di saat dia menulis surat itu. Apakah yang dia
fikirkan? Apakah yang dia rasakan sehingga bunuh diri itu satu-satunya jalan
penyelesaian baginya? Sungguh, manusia normal seperti Sarah dan Faizah, bahkan
manusia yang lain, tidak akan pernah mengerti mengapa Husna mengambil keputusan
sedemikian. Jika difikirkan dengan logik akal, dia punyai semua, rupa paras menawan,
personaliti yang disenangi, kebijaksanaan akal fikiran, keluarga yang menyokong
dan mendukung, tetapi mengapa dia masih memilih untuk mengakhiri hayatnya
sebegitu. Sarah dan Faizah kehilangan kata-kata setelah membaca surat itu.
Melihat isi surat tersebut membuatkan mereka sedar bahawa Husna sememangnya
telah berniat untuk membunuh diri, cuma tidak pasti bila waktunya.
Pemergian
Husna memberikan kesan yang hebat buat Sarah dan Faizah. Sebagai sahabat kepada
Husna, mereka tak berupaya untuk menggapai tangan sahabatnya itu disaat beliau
memerlukannya. Andai Husna jujur dengan mereka, andai mereka sedar tentang
keadaan Husna lebih awal, sudah pasti mereka hulurkan bantuan. Tetapi kini,
tiada guna untuk terus menyesali perkara yang telah berlalu. Mereka berdua
nekad untuk lebih aktif dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya depresi
sebagai satu cara untuk menebus rasa bersalah mereka terhadap Husna. Semoga
tiada lagi yang memilih jalan sama seperti Husna.
Comments
Post a Comment