Dia yang Pergi

Baru seminggu cuti semester bermula, kesunyian mula dirasai oleh Sarah. Menjadi anak tunggal dalam keluarga, dia lebih gemar berada di universiti, ditemani rakan yang mengisi kekosongan harinya. Semester depan merupakan semester terakhir pengajiannya, akan tetapi, hala tujunya masih kabur. Sambung belajar? Bekerja? berkahwin? Kenapa hidup ini terlalu sukar? Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk, lantas dia mencapai telefon yang berada di meja sebelah katilnya. Belum sempat dia membaca mesej berkenaan, satu panggilan masuk sebaik sahaja telefon itu berada dalam genggaman. Nama Faizah tertera di skrin telefon, bibirnya mengukir senyuman. Sepantas kilat dia menjawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum, hai Fai. Rindu aku ke?” soalnya. Faizah, salah seorang teman rapatnya di universiti. Mengambil jurusan yang sama sepertinya, geografi. “Wa’alaikumsalam. Sarah, kau ada baca mesej tak?” balas Faizah, mengabaikan soalan Sarah. Tergesa-gesa bunyinya. “Belum. ...